• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palsu Cap Sempadan: Sudah Beri RM1 Juta Sejak 2017

oleh
25/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu yang bertindak sebagai ejen atau orang tengah pemalsuan cap sempadan negara selepas mengambil keterangan mereka malam tadi. 

Sumber berkata, individu berkenaan hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

“Siasatan mendapati ejen ini sudah membayar pegawai imigresen sejak 2017 lalu.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Setakat ini nilai yang sudah diberikan ejen terbabit kepada pegawai imigresen berjumlah RM1 juta,” katanya.

Menurutnya, permohonan reman terhadap tiga individu berkenaan akan dilakukan pada hari ini.

“SPRM juga akan merampas aset yang dimiliki ejen terbabit,” katanya.

Sehingga kini SPRM sudah menahan 59 individu bagi melengkaplan siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

SPRM juga setakat ini sudah merampas lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi telah dirampas. Nilai ini tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya.

Melalui laporan Harian Metro bermula Rabu lalu, kakitangan JIM itu disogok susulan banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka. – myMetro Online

Tags: Ops Selatpemalsuan cap sempadanSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

COVID-19: Jeffrey Diberi Pelepasan Daripada Pengawasan

Next Post

KPN Letak Kepercayaan Belanjawan 2021 Diluluskan

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

KPN Letak Kepercayaan Belanjawan 2021 Diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd