• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Bedah Siasat Mangsa Nahas Helikopter Diserah Polis

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan bedah siasat mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati sudah diserahkan kepada polis, kata Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid.

Beliau berkata bedah siasat kedua-dua mangsa Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, masing-masing selesai pada pukul 11.15 pagi serta pukul 1.15 tengah hari tadi.

“Kita menerima dua jenazah itu petang semalam dan telah dilakukan saringan COVID-19, CT scan dan x-ray juga pada semalam, sebelum bedah siasat mula dilakukan kepada jenazah Sabri pukul 9 pagi tadi oleh pakar forensik HCTM.

“Polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan bedah siasat itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut mengesahkan waris kedua-dua mangsa telah membuat pengecaman terhadap jenazah terbabit, sebelum bedah siasat dimulakan.

“Bagi pihak hospital, kami ingin merakamkan ucapan ribuan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa,” katanya.

Dalam kejadian semalam, dua helikopter  dipercayai berlanggar di udara, sebelum sebuah daripadanya terhempas  kira-kira 12 tengah hari di Taman Melawati, Ampang dekat sini. – BERNAMA

Tags: nahas helikoptertaman melawati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd