• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

oleh AK-47
06/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian
Share on FacebookShare on Twitter

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala Lumpur- Bentong di sini, petang ini, diambil alih Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pasukan terbabit masuk ke lokasi kira-kira 4 petang, sebaik siasatan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang selesai.

“Pegawai BSKU sudah memasuki lokasi untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kita tidak pasti berapa lama siasatan itu akan berjalan, namun ia akan memakan sedikit masa sebelum bangkai helikopter boleh dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Selain itu, Zaiham berkata, mayat mangsa yang terbabit nahas juga sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Bentong.

Beliau berkata, proses bedah siasat akan dijalankan pada jam 11 pagi, esok.

Katanya, pihak polis juga sudah berhubung dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia bagi memaklumkan status dua mangsa membabitkan warganegara berkenaan.

“Kita (polis) sudah mengambil keterangan juruterbang untuk membantu siasatan.

“Juruterbang itu tidak mengalami kecederaan serius selepas diselamatkan seorang pengawal keselamatan yang bergegas menariknya keluar daripada helikopter.

“Buat masa ini dia dirawat di Hospital Bentong,” katanya.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi, helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger, dilaporkan terhempas dari ketinggian kira-kira 0.9 meter ketika mahu mendarat untuk mengisi minyak.

Helikopter yang terbang dari tapak projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) terletak kira-kira 16 kilometer dari lokasi nahas dipercayai terhempas selepas skid helikopter bergesel dengan darat sebelum terbalik dan terbakar.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa dikenal pasti sebagai Finsen Resky Sembiring, 27, yang berada di tapak pendaratan maut selepas terkena bilah helikopter.

Juruterbang juga warga Indonesia dikenal pasti sebagai Kustiyadi, 44, berada dalam helikopter cedera ringan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

-Harian Metro

Tags: nahas helikoptersiasatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Onn Hafiz Mahu Siasatan Menyeluruh Isu Network School Di Forest City

Onn Hafiz Mahu Siasatan Menyeluruh Isu Network School Di Forest City

14/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius kebimbangan rakyat negeri ini berhubung operasi Network School di Forest City termasuk dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd