Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Video Seks: Setiausaha Politik...

KUALA LUMPUR - Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bersama seorang...

Wan Azizah Kesal Anwar...

KUALA LUMPUR - Entah mengapa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri...

Prolintas Kibar Jalur Gemilang...

KUALA LUMPUR - Kumpulan syarikat PROLINTAS mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang di semua...

Kes Culik 3 Hari,...

PHILADELPHIA – Seorang wanita yang diculik di sebatang jalan raya di sini diselamatkan...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Bagheri telah menugaskan delegasi berpangkat tinggi untuk menyiasat kes itu.

Delegasi yang diketuai oleh Brigedier Ali Abdollahi telah dihantar ke lokasi kejadian dan siasatan telah pun bermula.

“Hasil siasatan akan diumumkan kemudian apabila misi selesai,” lapor IRNA.


Presiden Iran, Ibrahim Raisi dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran, pada Ahad.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah turut berada dalam helikopter yang sama dan kesemuanya terkorban.

– Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori