Sample Page Title

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan tindakan seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memuat naik video dalam satu Facebook yang menuduhnya menggunakan agama untuk mencari nama sebagai berniat jahat.

Tegas beliau, perbuatan itu yang dilakukan dalam Facebook Defend People’s Rights Group adalah satu fitnah yang mencabar integritinya termasuk dakwaan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Individu ini mendakwa KPN tidak berintegriti serta menuduh saya menggunakan agama untuk mencari nama. Saya berpegang pada agama Islam yang mengajar kita menolak rasuah dan sebagainya.

“Kita sebagai rakyat Malaysia berpegang teguh pada Rukun Negara dan saya yakin rakyat negara ini ada pegangan agama. Walaupun berbeza akidah, tapi nilai-nilai murni itu tetap sama.

“Kritikan pada saya itu biasa, tidak ada masalah tetapi jangan buat fitnah dengan membuat kenyataan yang boleh timbulkan kegusaran. Itu saya tak boleh terima dan akan ambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Video berdurasi 17 minit 39 saat itu dimuat naik dalam Facebook NGO berkenaan pada 20 November lalu dan mendapat tontonan sebanyak 200,000 kali dan dikongsi lebih 1,000 pemilik akaun.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, polis Johor tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana individu yang memfitnah serta memburukkan imej polis dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kebimbangan umum.

Lelaki berusia 39 tahun itu katanya, pernah menuduh polis bagi kes yang tidak wujud serta tidak mengambil tindakan terhadap laporannya.

Katanya, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana polis sudah memanggilnya untuk memberi keterangan pada 18 Mac lalu namun tidak hadir.


Menurutnya, individu itu yang mempunyai kaitan dengan NGO yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu pernah disumbat ke dalam penjara bagi kes ugutan jenayah.

“Lelaki berasal dari Seremban ini pernah ditangkap oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 25 April lalu di Negeri Sembilan dan dituduh di mahkamah di sini.

“Dia dimasukkan ke dalam penjara kerana tak mampu bayar jamin, dia kemudiannya dilepaskan pada hari kelima selepas bayar jamin tersebut,” katanya.

Selain itu ujarnya, individu berkenaan mempunyai 10 laporan polis terhadapnya yang dibuat di IPK Selangor, Negeri Sembilan dan Johor melibatkan pelbagai kes.

Tambahnya, antara kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Hasutan, Seksyen 90 Akta Polis kacau ganggu di balai polis, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 324 Kanun Keseksaan pukul dengan senjata dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Kita sudah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam dan akan ‘menjemput’ lelaki berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya terbuka untuk kritikan dan saya tak kata polis Johor bersih 100 peratus, masih ada banyak benda yang boleh diperbetulkan lagi. Kritikan itu saya boleh terima, tapi jangan buat fitnah yang menimbulkan kegusaran secara tidak langsung jejaskan kredibiliti PDRM,” katanya. – Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...