• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Covid-19 Kluster Tempat Kerja Naik Mendadak

oleh
24/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Lembah Klang dan Selangor kebelakangan ini adalah berkaitan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini terdapat 119 kluster tempat kerja dengan 83 kluster masih aktif dan 36 kluster diisytihar tamat.

“Sejumlah 77,201 individu disaring dan 12,079 kes dikesan positif Covid-19 membabitkan 4,398 kes warganegara dan 7,681 kes bukan warganegara.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Lima kluster tempat kerja yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kluster Teratai dengan 4,036 kes positif Covid-19, Kluster Damanlela (1,539 kes), Kluster Cergas (1,337 kes), Kluster Hentian (1,101 kes) dan Kluster Kaya (900 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan adalah untuk menjaga kepentingan kesihatan dan ekonomi. 

Bagaimanapun, katanya, kejayaan strategi itu memerlukan kerjasama majikan bagi memastikan semua amalan pekerjaan dan pekerja sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja daripada kalangan bukan warganegara, majikan bertanggungjawab menyediakan tempat kediaman kondusif serta memastikan pekerja mengamalkan langkah pencegahan penularan Covid-19.

“Amalan boleh dilakukan adalah pemeriksaan suhu badan memasuki tempat kerja, penyediaan tempat mencuci tangan, kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman, amalan jarak sosial, memastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit dan elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa,” katanya.

Beliau menyeru pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan Covid-19 di Malaysia. – myMetro Online

Tags: Covid-19klusterLembah Klangselangortempat kerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd