• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Tahap Kebimbangan Rakyat Malaysia Tinggi

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik Covid-19 adalah tinggi berbanding negara lain yang menghadapi krisis global itu, menurut sebuah syarikat penyelidikan pasaran, IPSOS.

Biarpun di Eropah dan Amerika teruk dilanda pandemik itu, tahap kebimbangan rakyatnya adalah rendah berbanding di Malaysia, tahap kebimbangan rakyat terhadap Covid-19 adalah 77 peratus.

Menurut IPSOS, 44 peratus negara di dunia bimbang akan pandemik itu dan Great Britain adalah negara kedua selepas Malaysia dengan 61 peratus, diikuti Sepanyol (60 peratus) dan Korea Selatan (58 peratus).

Katanya, kajian berkenaan dilaksanakan setiap bulan di 28 negara seluruh dunia menerusi Sistem Panel Dalam Talian IPSOS menyaksikan sampel bulanan Malaysia adalah n=500.

Dengan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini, kajian itu turut mendapati 44 peratus rakyat Malaysia merasakan negara tidak berada di landasan tepat pada Oktober berbanding 33 peratus pada September tahun ini, manakala mereka yang merasakan negara berada pada landasan betul merosot kepada 60 peratus berbanding 67 peratus pada tempoh sama.

Bagaimanapun, IPSOS memaklumkan bahawa hasil kajian menunjukkan pengangguran konsisten menjadi perhatian utama sepanjang tempoh pandemik di Malaysia dengan statistik menunjukkan 43 peratus pada April, 51 peratus (Julai) dan 48 peratus (Oktober). – BERNAMA

Tags: pandemik COVID-19rakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd