• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2021: Perkasa Sektor Kesihatan, Pelancongan

oleh
02/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Memperkasakan sektor kesihatan dan pelancongan negara adalah antara agenda kerajaan dalam Belanjawan 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Belanjawan yang disifatkan mencabar itu akan turut memberi perhatian dalam memastikan keperluan asas negara seperti makanan, akan sentiasa mencukupi, kata beliau pada sesi temubual dalam program Agenda Awani yang disiarkan malam tadi.

“Bagi menangani isu kesihatan, sudah pasti hal-hal berkait rapat dengan Kementerian Kesihatan terutamanya berkaitan dengan anggota barisan hadapan (frontliners), harus diberi perhatian.

“Salah satu sebab kenapa kita masih belum dapat pulih adalah kerana sempadan negara masih ditutup. Ini menjejaskan ekonomi negara, maka sektor pelancongan umpamanya, perlu digerakkan semula,” katanya.

Mustapa berkata, meskipun negara masih bergelut memerangi pandemik COVID-19, kerajaan tetap perlu berbelanja bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil.

Beliau menjelaskan kerajaan mendapat saranan untuk mempertingkatkan perbelanjaan pada tahun hadapan, antaranya dalam cabang infrastruktur bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat selepas kemerosotan yang teruk akibat COVID-19.

Beliau menambah walaupun penguncupan ekonomi pada tahun ini menyebabkan hasil kutipan kerajaan merudum dengan ketara, kerajaan terus komited untuk membantu rakyat.

Belanjawan 2021 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini. – BERNAMA

Tags: belanjawan 2021kesihatanPelancongan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd