• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan OKU, Warga Emas Dinaikkan

oleh
06/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan kepada golongan golongan rentan termasuk orang kurang upaya (OKU).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kadar bantuan OKU tidak berupaya bekerja akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

“Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

“Kadar elaun pekerja OKU juga dinaikkan daripada RM400 kepada RM450,” katanya katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 ringgit seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga. 

Katanya, beliau berharap peningkatan kadar ini membantu dengan penjagaan anak-anak serta nutrisi makanan.

“Contohnya, jika Puan Safiah mempunyai tiga anak dengan dua daripadanya berusia enam tahun ke bawah dan suaminya OKU bekerja, keluarganya beliau akan mendapat bantuan RM1,000 sebulan.

“Kenaikan kadar ini membabitkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion iaitu tambahan sebanyak RM700 juta dan memanfaatkan lebih daripada 400,000 penerima,” katanya. – myMetro Online

Tags: orang kurang upayawarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd