• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota PGA Diserang: KDN Arah Siasatan Menyeluruh

oleh
24/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup, manakala seorang lagi cedera parah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini memaklumkan anggota yang terkorban ialah Kpl Baharuddin Ramli manakala rakan setugasnya, Kpl Norihan a/l Tari cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

“Kerajaan amat memandang serius terhadap kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Menteri itu berkata beliau dimaklumkan siasatan awal mendapati kejadian itu bermula apabila dua anggota PGA berkenaan yang sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian diserang oleh dua kumpulan, disyaki terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

Beliau mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti penjenayah bertanggungjawab menyerang dua anggota PGA itu.

“Saya dan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tembak anggota PGA berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan dan sedang dalam perjalanan ke Perlis untuk mengetahui lebih lanjut kejadian itu.

Bernama difahamkan satu sidang media turut akan diadakan polis Perlis berhubung kejadian berkenaan. – BERNAMA

Tags: Anggota PGAmaut ditembakSempadan Thailandsindiket penyeludupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Saya Nak Jumpa Dia Hidup-hidup

Tiga Anggota PGA Nafi Curi RM85,000 Semasa Gempur ‘Mini Dhaka’

29/12/2023
0

Kuala Lumpur: Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd