• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Anggota PGA Nafi Curi RM85,000 Semasa Gempur ‘Mini Dhaka’

oleh Mohd Arshad
29/12/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Saya Nak Jumpa Dia Hidup-hidup
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada sebuah premis perniagaan ketika operasi menggempur warga asing digelar ‘Mini Dhaka’ di Jalan Silang, Khamis lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dua Lans Koperal iaitu Mohamad Adib Mohd Zafri, 35, dan Mohamad Amirul Aiman Mamat, 29, serta Koperal Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama mencuri wang RM85,000 milik NGWE Gabar Sdn Bhd di No 29, Tingkat 1, Jalan Lebuh Pudu, Jalan Silang, dekat sini pada 2.27 petang, 21 Disember lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham tidak menawarkan sebarang ikat jamin berikutan kesalahan itu dilakukan oleh penjawat awam semasa menjalankan amanah dan tugas sebagai anggota polis.

“Perkara ini mendatangkan kegusaran kepada masyarakat awam berkaitan integriti dan tanggungjawab anggota keselamatan semasa menjalankan tugas.

“Sekiranya mahkamah masih ingin memberikan jaminan, pihak pendakwaan menegaskan supaya jaminan ditawarkan tidak kurang RM30,000 seorang dengan dua penjamin warga tempatan, serta syarat tambahan iaitu pasport ditahan sehingga kes selesai dan perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat setiap bulan,” katanya.

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Mohamad Adib dan Muhammad Hafiz Irsyad merayu supaya anak guamnya diberikan jaminan minimum berikutan masing-masing menanggung keluarga serta pendapatan RM2,100 sebulan.

Sementara itu, peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie yang mewakili Mohamad Amirul Aiman yang masih bujang turut memohon perkara sama, dan menghujahkan bahawa prinsip jaminan hanya memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah dan anak guamnya adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Selepas mendengar hujahan semua pihak, Aina Azahra kemudian membenarkan kesemua tertuduh masing-masing dijamin sebanyak RM17,000 dengan dua penjamin warga tempatan.

Mereka juga diperintahkan menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis terdekat setiap awal bulan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan kes pada 6 Februari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menerima laporan mengenai kehilangan wang tunai itu di sebuah premis perniagaan di Lebuh Pudu ketika operasi bersepadu membanteras warga asing yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Difahamkan ketiga-tiga anggota terbabit dirakam melakukan penggeledahan di premis berkenaan oleh kamera litar tertutup (CCTV) bagaimanapun tidak memasukkannya dalam laporan.

Hasil penahanan itu, difahamkan polis turut merampas wang tunai RM63,500, sebuah Perodua Myvi, dua telefon bimbit dan resit pembayaran bagi pembelian tayar dan penyelenggaraan kenderaan.

Dalam operasi bersepadu di Jalan Silang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu, sebanyak 1,101 warga asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen antaranya tiada dokumen perjalanan.

HarianMetro-

Tags: Anggota PGACuri Wangnafi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Nafi Remaja Menyamar Doktor Rawat Pesakit

KKM Nafi Remaja Menyamar Doktor Rawat Pesakit

15/08/2024
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur...

Dr Zaliha Nafi Salahuddin Meninggal Dunia

Dr Zaliha Nafi Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

ALOR SETAR: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, menafikan khabar angin mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd