• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petunjuk Jelas Apabila Orang Politik Berkuasa Sepenuhnya – TMJ

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keadaan politik yang sedang berlaku ketika ini adalah petunjuk jelas apabila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik sahaja.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar.

“Semoga ALLAH memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja di mana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan check and balance dalam pentadbiran negara. Doa dan harapan saya adalah kestabilan,” katanya dalam satu hantaran terbaharu menerusi Facebooknya, hari ini.

Hari ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat menghadiri Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Raja-raja Melayu akan mengadakan pertemuan khas di Istana Negara petang ini bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pertemuan itu, Raja-raja Melayu memperincikan segala syor dibentangkan Perdana Menteri ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, kelmarin. – Sinar Harian

Tags: politikTunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd