• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kunci Mulut, Inti Pati Mesyuarat Jadi Teka-Teki

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas tiga jam bermesyuarat, usaha pemberita untuk mendapatkan maklumat jelas mengenai inti pati mesyuarat khas yang diadakan pagi ini gagal.

Ia selepas kesemua menteri bertindak mengunci mulut ketika didekati pemberita yang menunggu di pintu keluar bangunan Perdana Putra.

Kenderaan pertama yang keluar dari bangunan itu dipercayai membawa Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique jam 12.45 tengah hari diikuti oleh beberapa menteri Kabinet lain.

Turut keluar daripada bangunan itu, kenderaan yang dinaiki Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari.

Mesyuarat itu dipercayai antara lain membincangkan mengenai belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November depan.

Sejak semalam, timbul spekulasi satu mesyuarat khas diadakan dipercayai berhubung dengan rombakan Kabinet. – Sinar Harian

Tags: jemaah menterimesyuarat kabinetmesyuarat khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN Selaras Pendirian Hadapi Krisis Timur Tengah

ASEAN Selaras Pendirian Hadapi Krisis Timur Tengah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan satu mesyuarat khas Menteri-Menteri Luar ASEAN berhubung situasi di Timur...

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

07/02/2024
0

Putrajaya : Jemaah Menteri tidak membincangkan sebarang keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang penjelasan berhubung isu pengurangan hukuman bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd