• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahidi Digesa Dirujuk Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

oleh
09/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Senator Malaysia hari ini menggesa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.

Setiausaha Kehormat Majlis Senator Malaysia, Raj Munni Sabu berkata ia bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung tindakannya yang didakwa memberikan jawapan tidak benar semasa persidangan Dewan Negara pada Khamis lepas berhubung manfaat program merapatkan jurang digital kerajaan di Sabah dan negeri lain. 

“Beliau gagal fokus untuk memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Sebaliknya, memberikan tumpuan kepada contoh yang dikemukakan oleh Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang menceritakan tentang perihal kepayahan pelajar di pedalaman Sabah Veveonah Mosibin dalam mendapatkan capaian internet semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Zahidi telah menuduh Veveonah sebagai menipu apabila pelajar itu memaklumkan beliau terpaksa berada di atas pokok selama 24 jam untuk mendapatkan sambungan internet bagi menduduki peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raj Munni berkata walaupun Zahidi telah memohon maaf menerusi akaun Facebooknya, namun perkara itu telah mendatangkan kesan buruk dan negatif terhadap pelajar itu dan keluarganya serta menjadi mangsa buli siber ekoran kenyataan yang silap itu.  

“Oleh itu timbalan menteri berkenaan perlu segera dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara bagi membolehkan jawatankuasa itu memutuskan sama ada benar dakwaan Zahidi yang mengatakan beliau mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dewan NegaraSenatorzahidi zainul abidin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd