• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

oleh Mynewshub
11/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa hari ini sehingga 10 Mei 2029.

“Tahniah buat Ahli CEC DAP dan Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar atas lantikan sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun,” kata Ahli Parlimen DAP Bangi, Syahredzan Johan dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden DAP, Teo Nie Ching menyifatkan majlis itu merupakan satu detik penting buat DAP apabila barisan senator baharu mencerminkan kepelbagaian sebenar Malaysia.

“Merangkumi Melayu, Cina, India dan Iban. Ia menzahirkan komitmen teguh parti terhadap prinsip kepelbagaian dan kemajmukan sebagai kekuatan utama negara kita yang tercinta,” katanya.

Turut mengangkat sumpah Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe; Penolong Setiausaha DAP Sarawak, Larry Asap; bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), R. Thiagarajah dan Pengerusi Kebangsaan Wanita MCA, Datuk Wong You Fong.

Sementara itu, enam Ahli Dewan Negara yang dilantik semula ialah Abdul Nasir Idris, Isiah D. Jacob, Tan Sri Low Kian Chuan, Datuk Seri Prof Emeritus Dr. Awang Sariyan, Mohd. Hasbie Muda dan Abun Sui Anyit.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syahredzan Johan/Teo Nie Chin

Tags: Ahli Dewan NegaraDAPNaib Pengerusi DAP JohorSenatorSheikh Umar
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“DAP Anti-Melayu, Anti-Islam Naratif Lama” –  Syerleena

“DAP Anti-Melayu, Anti-Islam Naratif Lama” – Syerleena

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menegaskan naratif 'DAP anti-Melayu' tidak benar. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd