• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejuta Kematian Akibat Covid-19 Amat ‘Menyakitkan’

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), Antonio Guterres menyifatkan jumlah kematian global akibat Covid-19 yang kini mencecah sejuta orang, satu ‘tahap amat menyakitkan’ lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah kematian Covid-19 di seluruh dunia mencecah sejuta, dengan lebih 33 juta kes disahkan dan lebih 23 juta dalam pemulihan.

“Dunia kita sudah berada pada tahap paling buruk, kehilangan sejuta nyawa akibat pandemik Covid-19. 

“Jumlah yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran. Namun, kita tidak boleh lupakan setiap kehidupan individu. Mereka adalah ayah dan ibu, isteri dan suami, ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja. 

“Rasa sakit itu berlipat kali ganda disebabkan penyakit yang tidak dapat dikawal ini,” kata Guterres dalam satu kenyataan.

“Dan belum ada pengakhiran untuk penyebaran virus ini, kehilangan pekerjaan, gangguan pendidikan, pergolakan terhadap hidup kita. Kita mampu harungi cabaran ini. Tetapi kita mesti belajar daripada kesilapan.

“Kepimpinan yang bertanggungjawab penting. Ilmu penting. Kerjasama juga perlu dan maklumat yang salah boleh membunuh,” katanya.

Guterres menyeru agar sentiasa menjaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan. – BERNAMA

Tags: kematianpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd