• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantikan KP SPRM Dibuat Melalui Undian Ahli Parlimen

oleh
02/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini di buat melalui undian ahli Parlimen, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata ia telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai rasuah baru-baru ini.

Katanya pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada Ahli Parlimen.

“Sekiranya (untuk) ditamatkan perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM), ia juga  perlu melalui tribunal khas dan tidak boleh ditamatkan begitu sahaja oleh Yang di-Pertuan Agong atau atas nasihat Perdana Menteri. 

“Mesyuarat yang dipengerusi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Perkhidmatan di bawah SPRM sendiri,” katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Azam berkata pengambilan atau penamatan pegawai atau kakitangan bukan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebaliknya ia akan dilakukan oleh pihak SPRM sendiri.

Beliau berkata kebebasan yang diberikan kepada SPRM untuk melantik dan juga menamatkan pegawai atau kakitangannya itu menunjukkan ketelusan kerajaan. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenKetua Pesuruhjaya SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen, ADUN Melayu DAP Diseru Kembali Ke Pangkal Jalan

Ahli Parlimen, ADUN Melayu DAP Diseru Kembali Ke Pangkal Jalan

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mempersoalkan keikhlasan DAP dalam memberi ruang serta membangunkan...

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd