JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Sri Abd Halim Aman, hari ini.
Pertemuan yang berlangsung pada 28 September 2026 itu dikongsikan menerusi saluran media sosial rasmi berkaitan Pemangku Sultan Johor iaitu HRH Crown Prince of Johor.
“Allah Peliharakan Sultan,” menurut kenyataan ringkas berhubung pertemuan berkenaan.
Abd Halim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 13 Mei lalu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. – MYNEWSHUB


