• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4.2 Juta Rakyat Malaysia Belum Daftar Sebagai Pemilih

oleh
09/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 4.2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi, masih belum mendaftar sebagai pemilih, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Shabudin Yahaya.

Beliau berkata angka itu mewakili 22 peratus daripada jumlah keseluruhan warga Malaysia yang layak mengundi ketika ini.  

“Kita hadapi satu masalah yang memerlukan semua pihak memainkan peranan bersama kerana masih terdapat 4.2 juta rakyat negara ini yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pengundi.

“Jumlah ini tidak bagus untuk perkembangan daftar pemilih. Ketika ini kita mempunyai pengundi berusia 21 tahun ke atas lebih kurang 15 juta orang dan kalau kita laksanakan sistem undi 18 tahun, kita akan menambah jumlah pengundi antara enam hingga tujuh juta,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Ismail Yusop yang bertanyakan langkah kerajaan dalam memperkasakan pengundi baharu sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun.

Shabudin berkata tanggungjawab untuk menyedarkan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi tidak harus diletakkan di bahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata, sebaliknya perlu digalas bersama semua pihak seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik.

Katanya di pihak kerajaan sendiri khususnya SPR, pelbagai kempen dan program telah dilaksanakan termasuk program pendaftaran secara dalam talian menerusi https://mysprdaftar.spr.gov.my yang dilancarkan pada 18 Julai tahun lepas yang mendapat sambutan dalam kalangan pengundi muda khasnya.

Terdahulu, menjawab soalan Ismail yang ingin tahu persediaan yang telah dan akan dilakukan kerajaan terhadap pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun, Shabudin berkata SPR kini dalam persiapan melaksanakan kelayakan undi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik berdasarkan pindaan Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan Parlimen sebelum ini.

Menurutnya, persiapan itu meliputi pindaan pada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2001 dan undang-undang yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan infrastruktur bagi pelaksanaan kedua-dua perkara itu. – BERNAMA

Tags: Daftar Pemilihmengundirakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd