• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Anggota MALBATT Terbabit Letupan Di Lubnan

oleh
05/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada pegawai atau anggota pasukan misi pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) di Lubnan yang terlibat dalam tragedi letupan di Beirut.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengesahkan perkara itu selain memberitahu, ATM belum mendapat maklumat terperinci mengenai tragedi yang dilaporkan mengorbankan lebih 70 nyawa itu.

Bagaimanapun katanya, sebarang tindakan lanjut bergantung kepada arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Buat masa ini kita belum menerima maklumat terperinci dan masih menganggap itu sebagai pergolakan domestik.

“Anggota misi di sana di bawah PBB. Maka apa-apa pengerahan dan juga tindakan yang akan dilakukan perlu tunggu arahan daripada PBB. Buat masa ini masih terlalu awal lagi.

“ATM sentiasa meneliti perkembangan terkini jika ada sesuatu yang mungkin boleh membahayakan misi, kita akan ambil tindakan lanjut. Buat masa ini tiada anggota yang terjejas,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf dan Pelancaran Al-Quran Corner, Hospital Angkatan Tentera Malaysia 2020 di sini hari ini.

Kejadian letupan yang menggegarkan Beirut, Lubnan pada petang Selasa itu dilaporkan menyebabkan 78 terkorban dan 3,700 orang cedera.

Letupan di kawasan pelabuhan ibu kota itu dengan gegaran kuat boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) daripada lokasi kejadian. – Sinar Harian

Tags: BeirutlebanonletupanMALBATT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di...

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd