• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Tetap Milik Malaysia!

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WISMA Putra sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia untuk selamanya. 

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia sudah membuat pendirian sebelum ini mengenai Sabah dan tiada persoalan lagi mengenainya. 

“Sabah selamanya akan menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya menerusi ciapannya di Twitter semalam. 

Menerusi ciapan yang sama, Hishammuddin turut berkongsi videonya di Parlimen pada 5 Ogos lalu bahawa Malaysia membidas Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr mengenai ciapannya yang mendakwa ‘Sabah is not in Malaysia’. 

Dalam video yang dikongsikan itu, Hishammuddin berkata, apa yang beliau katakan amat jelas bahawa Malaysia mengutuk ciapan berkenaan kerana dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan mendakwa Sabah bukan sebahagian dari Malaysia. 

“Saya nak nyatakan di Dewan (Rakyat) ini, kita tak mengiktiraf untuk memenuhi mana-mana pihak asing di Sabah. 

“Pada masa sama, Sabah milik Malaysia dan akan tetap sebahagian dari Malaysia selama-lamanya,” katanya. 

Semalam, dilaporkan kerajaan Sabah menggesa Kementerian Luar bersikap tegas berhubung isu ancaman terhadap kedaulatan Sabah oleh Filipina. – myMetro Online

Tags: FilipinaMalaysiaSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

11/11/2026
0

TAIPEI - Taiwan mengesahkan pihaknya menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam menjayakan Proses Dialog Damai Selatan Thailand bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd