• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Slim: Calon BN Yakin Raih Undi Orang Asli

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz memberi tumpuan minggu terakhir berkempen dengan mendekati masyarakat Orang Asli di kawasan DUN berkenaan. 

Mohd Zaidi berkata, sokongan Orang Asli terhadap BN dilihat sangat luar biasa dan percaya majoriti undian akan bersamanya sekali gus dapat membantu kemenangan. 

Menurutnya, program mendekati masyarakat Orang Asli dilaksanakan di empat kampung iaitu Kampung Changkat Ramu, Kampung Sungai Teras, Kampung Buluh Seruas dan Kampung Sungai Jentong membabitkan lebih 400 pengundi. 

“Alhamdulillah nampaknya sambutan luar biasa dan ini kali ketiga saya datang ke sini (melawat kampung Orang Asli) supaya boleh berjumpa terus dengan mereka, bertanya khabar dan masalah mereka.

“InshaAllah Orang Asli akan bersama dengan BN sebab melihat sokongan kehadiran penerimaan mereka pada kita, saya yakin mereka akan bersama dengan kita pada PRK nanti,” katanya pada kempennya di Kampung Orang Asli Sungai Teras, Slim River, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, beliau akan melakukan sebaik mungkin memperjuangkan nasib masyarakat DUN Slim dan menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi penduduk kampung Orang Asli. 

“Isu utama mereka adalah air dan ia sudah diambil tindakan oleh kerajaan negeri dan pusat, saya yakin perkara ini akan diselesaikan. Antara lain yang mereka perlukan adalah dewan, padang tempat bermain dan baik pulih rumah. 

“Kalau mandat itu dapat kepada saya, saya akan membawa perkara itu kepada pihak berkenaan. Pastinya saya akan menyambung kerja Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang sangat rapat dengan masyarakat Orang Asli di sini,” katanya.

PRK DUN Slim yang dijadual pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, S Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. – myMetro Online

Tags: Barisan NasionalOrang AsliPRK DUN Slim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd