• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Md Rayhan Tetap Akan Diusir Keluar Dari Malaysia

oleh
05/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan bahawa warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir tetap akan diusir keluar setelah proses siasatan selesai.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, buat masa ini siasatan masih dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya difahamkan hasil siasatan itu telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Setelah selesai proses itu, dia (Rayhan) akan dihantar pulang ke negara asalnya, Bangladesh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, pas lawatan kerja Rayhan juga sudah ditamatkan.
Ketika ditanya pemberita, Khairul Dzaimee berkata, beliau tidak boleh memberi tarikh jangkaan Rayhan akan dibawa keluar dari Malaysia.

“Cuma, penerbangan paling awal ke Bangladesh ialah pada 31 Ogos ini. Dia akan disenarai hitam untuk selama-lamanya,” katanya.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan koronavirus (Covid-19). – Sinar Harian

Tags: Al JazeeraCovid-19md rayhan kabirWarga Bangladesh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Anggota MALBATT Terbabit Letupan Di Lubnan

Next Post

Letupan Beirut: Malaysia Sedia Hulur Bantuan – Muhyiddin

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Letupan Beirut: Malaysia Sedia Hulur Bantuan - Muhyiddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd