• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Beirut: Malaysia Sedia Hulur Bantuan – Muhyiddin

oleh
05/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menghulurkan apa jua bantuan diperlukan Lubnan, selepas ibu negaranya digegarkan dengan letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang maut dan lebih 3,000 lagi cedera.

Beliau berkata kerajaan dan rakyat Malaysia bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu serta berdoa agar mereka tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.

“Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu pagi tadi,” katanya dalam catatan terbaru di akaun Facebooknya.

Letupan yang berlaku kira-kira tengah malam Selasa waktu Malaysia dipercayai berpunca daripada kebakaran di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut yang dikatakan menyimpan bahan letupan.

Muhyiddin dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesyukuran selepas dilaporkan semua rakyat Malaysia di Beirut selamat. – BERNAMA

Tags: BeirutletupanLubnanMuhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd