• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek RTS Mula Januari 2021, Operasi Akhir 2026

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, dijadualkan bermula Januari 2021 dan dijangka mula beroperasi pada akhir tahun 2026.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara itu telah dimuktamadkan melalui rundingan Malaysia dan Singapura, baru-baru ini.

Katanya majlis bagi memeterai perjanjian antara kedua-dua negara itu juga, dijadualkan diadakan pada 30 Julai depan di Tambak Johor dan ia bakal disaksikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

“Pembinaan RTS ini juga akan berjalan dalam dua fasa, iaitu (fasa pertama) dari awal tahun 2021 hingga hujung tahun 2024, di mana ia akan memberi fokus pada pembinaan dan pembangunan struktur sivil.

“Manakala (fasa dua yang bermula) awal 2025 hingga hujung tahun 2026, di mana fasa ini melibatkan pembinaan sistem seperti ‘signalling’, telekomunikasi dan pengujian sistem,” katanya ketika sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru), yang bertanyakan mengenai status terkini rundingan antara Malaysia dan Singapura berkaitan projek RTS.

Projek RTS itu merangkumi pembinaan landasan sepanjang empat kilometer, menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bharu dan Woodlands di Singapura, dengan kapasiti mengangkut 10,000 penumpang, setiap jam.

Pembinaan projek RTS sepatutnya bermula tahun lepas, namun tertangguh beberapa kali. Kos baharu projek berkenaan adalah sebanyak RM3.16 bilion berbanding kos asal RM4.93 bilion. – BERNAMA

Tags: JohorProjek RTSSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd