• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Setuju Wujud Inisiatif ‘MalaysiaMudah’

oleh
21/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju mewujudkan inisiatif ‘MalaysiaMudah’ (#MyMudah) yang bermatlamat membantu syarikat dan perniagaan daripada dibebani peraturan tidak perlu dan kerenah birokrasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya ‘MalaysiaMudah’ turut bertujuan mengurangkan kos perniagaan selain merangsang pewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi. 

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius hal ini, justeru mengarahkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melakukan intervensi dan bertindak sebagai badan penyelesai masalah dalam menanganinya. 

“Para pemilik syarikat dan perniagaan terbabit boleh mengemukakan beban peraturan dan birokrasi yang mereka hadapi melalui portal konsultasi awam dalam talian selain pelbagai sesi libat urus yang dilaksanakan EAC dan MPC,” katanya.

Mustapa berkata beban yang dibangkitkan akan dianalisa oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), seterusnya dibawa ke mesyuarat EAC untuk dinilai sebelum keputusan dibuat. 

“Keputusan yang dibuat di mesyuarat EAC akan dilaksanakan oleh kementerian dan kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Melalui inisiatif ini, Mustapa berkata kementerian dan kerajaan negeri akan dapat mengurangkan peraturan tidak perlu serta meningkatkan kecekapan perfungsian dan operasi mereka. 

Selain itu, beliau berkata kementerian dan kerajaan negeri juga diminta menetapkan sasaran yang jelas dalam usaha mengurangkan kos pematuhan peraturan (termasuk jumlah prosedur dan jangka masa pemprosesan) yang dikenakan kepada syarikat dan perniagaan.

“PEMUDAH akan memantau prestasi setiap kementerian dan kerajaan negeri dan membuat laporan berkala kepada EAC. 

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui MPC juga akan memberi panduan dan khidmat nasihat kepada semua kementerian dan kerajaan negeri dalam pelaksanaan inisiatif ini,” katanya.

Mustapa berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat EAC yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam. – BERNAMA

Tags: EkonomiMyMudahPerniagaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pempengaruh automotif Bro Wong meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kos operasi perniagaan yang disifatkan semakin menekan khususnya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd