• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Berusaha Bawa Pulang Rakyat Malaysia Terkandas

oleh
06/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang berusaha untuk memudah cara kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Kementerian Luar telah mengenal pasti 10,484 rakyat Malaysia yang terkandas serta berpotensi untuk terkandas di luar negara.

“Maksud berpotensi terkandas adalah seperti pelajar tahun akhir yang akan habiskan pengajian tidak lama lagi, dan mereka perlu pulang. Jika mereka tidak boleh pulang, mereka akan jadi rakyat kita yang terkandas,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini. 

Beliau bagaimanapun berkata terdapat beberapa kekangan peraturan di negara-negara berkenaan termasuk melarang pesawat asing untuk mendarat di negara terbabit.

Ismail Sabri berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah meminta Kementerian Luar membentangkan status rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang dianggarkan 457,000 orang.

Daripada jumlah itu, beliau berkata 387,702 individu telah berdaftar dengan perwakilan-perwakilan Malaysia, dan menyeru rakyat yang masih belum berdaftar untuk segera berbuat demikian.

“Kita prihatin terhadap rakyat Malaysia yang terkandas kerana ada sesetengah negara melibatkan negara berisiko tinggi … ini membimbangkan kita,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Kementerian Luar turut diminta mengemukakan perancangan serta kos bagi proses repratriasi rakyat Malaysia di luar negara.

Katanya mesyuarat khas itu turut mencadangkan supaya Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diperluas bagi membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas. 

Mengenai operasi pematuhan PKPP, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 251 individu atas kesalahan ingkar PKPP, dan daripada jumlah itu sebanyak 111 individu direman manakala 140 lagi dikenakan kompaun melibatkan aktiviti melanggar prosedur operasi standard (SOP). 

Sementara itu, empat warga asing ditahan atas kesalahan imigresen menerusi Operasi Benteng dan Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram. – BERNAMA

Tags: rakyat Malaysiaterkandas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd