• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19 Tak Halang Sambutan Bulan Kemerdekaan

oleh
27/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ancaman pandemik COVID-19 yang masih berterusan bakal menyaksikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada tahun ini dilangsungkan secara sederhana.

Kerajaan memutuskan tiada acara perbarisan pada 31 Ogos seperti kelaziman berikutan negara masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selain, berlaku peningkatan kes positif COVID-19, sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun beberapa acara tetap diatur termasuk sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai lalu serta pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, esok.

Tema tahun ini ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian yang cukup mendalam dengan perkataan ‘Malaysia’ menggambarkan kerjasama seluruh rakyat di negara ini yang berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

‘Prihatin’ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Sempena acara pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang nanti, Muhyiddin dijadual menyampaikan amanat untuk semua rakyat Malaysia.

Ia akan diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku diiringi pancaragam Angkatan Tentera Malaysia sebelum persembahan lagu tema sambutan kali ini Malaysia Prihatin oleh kumpulan Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia.

Perdana menteri kemudian akan melepaskan Info On Wheels (IOW) Merdeka.

Program IOW Merdeka dilakukan untuk menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan rakyat pelbagai peringkat, hebahan mesej kenegaraan, menggalakkan orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang di samping sebahagian pengisian Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020.

Selain pelancaran tersebut, dua lagi acara utama yang akan turut diadakan ialah Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak  pada 16 September. – BERNAMA

Tags: bulan kemerdekaanjalur gemilangpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes SRC: Nasib Najib Ditentukan Selasa Ini

Next Post

Rakyat Malaysia, Lupakah Kita Derita Semasa PKP?

Related Posts

Jalur Gemilang Berkibar Di The Hague

Jalur Gemilang Berkibar Di The Hague

25/04/2025
2

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan menyampaikan kenyataan lisan...

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Next Post

Rakyat Malaysia, Lupakah Kita Derita Semasa PKP?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd