• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Itu Kucing Saya” – Mayamin

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA berlari kerana gemuruh tengok anggota polis dan tentera dalam masa yang sama baru sahaja membersihkan Neski,” kata Mayamin Husna Hisham, 22.

Baru-baru ini, kelibat seorang wanita berpakaian putih mula menjadi tular selepas muncul dalam siaran berita sebuah stesen televisyen melaporkan tinjauan orang ramai menggunakan lebuh raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perkongsian yang dilakukan seorang pemuda di laman sosial peribadinya menimbulkan tanda tanya selain mendapat lebih 39,500 ciapan dan 39,000 tanda suka.

Gadis yang menetap di Taman Tun Perak, Cheras itu berkata, kejadian itu berlaku ketika singgah di Rehat dan Rawat (RNR) Sungai Buloh.

“Waktu itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bertemu dengan ibu di Sabak Bernam.

“Kucing yang dipegang oleh saya itu adalah Neski yang dibela hampir setahun. Saya menamakannya itu selepas menemuinya di salah satu kafe siber ‘Mineski’,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia berlari anak kerana ingin mengelak kucing yang baru dibersihkannya itu daripada terkena pakaiannya.

“Dalam perjalanan pulang, salah seekor daripada kucing saya terkencing jadi saya perlu membasuh mereka.

“Pada mulanya saya perasan kehadiran anggota polis dan tentera tetapi tidak menyangka ada kru berita sedang membuat laporan di situ,” katanya.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia adalah seorang yang takut dengan kehadiran polis.

“Saya adalah jenis seorang yang akan pura-pura tidur kalau ada sekatan jalan raya walaupun bukan saya yang memandu.

“Memang sejak dari dulu kalau ternampak polis atau tentera, saya akan menjadi takut dan gemuruh.

“Dah macam kebiasaan bagi saya walaupun saya tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Bila bercakap tentang video yang tular, Mayamin berkata dia tidak sedar bahawa dia termasuk dalam siaran berita sehingga dihubungi ibu yang sedang menonton di rumah.

“Tiba-tiba ibu hubungi saya memberitahu nampak kelibat gadis dalam berita sama seperti saya. Saya tak sempat nak tengok.

“Keesokan harinya rakan saya hantar kiriman video yang tular itu. Waktu itu ramai yang tanya apa yang terjadi sebenarnya. Nampak macam pencuri,” katanya sambil berjenaka. – myMetro Online

Tags: kucingneskisiaran beritaTular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

16/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu termasuk seorang figura awam berhubung kes disyaki khalwat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd