• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin China Bagi COVID-19 Dijangka Siap Hujung Tahun

oleh
03/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vaksin bagi COVID-19 dijangka akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, sekiranya proses penyediaannya di China berjalan dengan lancar, menurut pakar perubatan dari China.

Doktor, penyelidik pacsa kedoktoran di Universiti Sun Yat-sen, China, Sun Jiufeng, berkata republik itu sedang membangunkan dua vaksin berbeza, dengan kedua-duanya kini di peringkat percubaan klinikal, yang dijangka siap pada bulan Mei atau Jun nanti.

Beliau berkata, sebaik sahaja keputusan fasa kedua disiapkan, mereka akan masuk ke fasa ketiga percubaan klinikal, yang mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk disiapkan dan melibatkan sukarelawan.

“Ketika ini seluruh dunia sedang berusaha keras untuk menghasilkan vaksin berkenaan, dan jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat lihat vaksin itu siap digunakan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Bagaimanapun bagi penggunaan sebenar vaksin ini, memandangkan permintaannya amat tinggi, kita boleh katakan bahawa vaksin itu pastinya boleh digunakan oleh pesakit, tahun depan,” katanya menerusi penterjemah dalam satu temu ramah eksklusif di pejabat kedutaan China di sini semalam.

Sun berkata, pasukannya telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia, yang menunjukkan minat yang tinggi untuk turut serta dalam proses penyediaan vaksin itu di China, terutama dalam fasa ketiga percubaan klinikal.

“Sekiranya kita benar-benar bekerjasama dalam perkara ini, tidak syak lagi ia akan dapat mempercepatkan penghasilan vaksin itu, dan turut membawa banyak manfaat kepada Malaysia dalam tempoh masa yang pantas,” tambahnya.

Turut hadir dalam sesi temu ramah itu ialah ketua doktor, profesor dan penyelia pasca siswazah Perubatan Kecemasan Bersepadu China dan Barat, Li Jun, serta profesor bersekutu, penyelia pasca siswazah, ketua doktor bersekutu ICU, Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Wen Miaoyun.

Sementara itu, Li berkata, ketika ini banyak perbahasan telah timbul mengenai rawatan alternatif untuk COVID-19, yang jelas tidak menunjukkan bukti klinikal mengenai keberkesanannya.

Bagaimanapun menurutnya, ubat tradisional China banyak digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 di negara republik itu, dan telah dibuktikan agak efektif.

“Kami telah berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat COVID-19 secepat mungkin untuk membawa manfaat kepada pesakit.

“Setiap rawatan tertentu ada perbezaannya, bergantung kepada pesakit dan keadaan.., jadi kami menggunakan kaedah perubatan yang berbeza bagi setiap pesakit, dan memastikan mereka sesuai dengan keadaan berkenaan,” tambahnya.

Pasukan lapan profesional perubatan dari China itu tiba di Kuala Lumpur pada 18 April dan telah menemui pakar tempatan termasuk ketua pengarah perubatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini.

Semalam Dr Noor Hisham dilaporkan berkata pakar perubatan dari China itu memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia terhadap pandemik COVID, termasuk dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tags: ChinaCovid-19Vaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kluster Baru Covid-19 di Lanchang

Next Post

Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika SJR

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika SJR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd