• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

oleh AK-47
05/06/2025
dalam Jenayah
0
2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan April lalu.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Rohaizad Ali berkata, rampasan itu dibuat terhadap dua kontena dari China yang masuk ke Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini, pada 3 April jam 1.15 tengah hari dan Pelabuhan Klang, Selangor, pada 10 April kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, dagangan yang dibawa masuk itu pada lampiran borang pengisytiharan diikrarkan sebagai plastik dan barangan lain antaranya dompet serta tali pinggang.

“Namun, pada pemeriksaan di Pelabuhan NBCT menemui sejumlah 14,200 unit vape dan 210 liter cecair bernilai lebih RM1.5 juta termasuk cukai yang tidak diikrarkan semasa pengimportan bersama-sama dengan barangan lain.

“Perkara sama juga berlaku dalam pemeriksaan di Pelabuhan Klang apabila kita menemui sejumlah 71,886 unit vape dan 786.5 liter cecair bernilai lebih RM3.64 juta termasuk cukai yang membuat ikrar (dagangan) tidak betul,” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan JKDM negeri di Bagan Jermal, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki termasuk seorang warga China yang berperanan sebagai ejen dan pengeksport berusia lingkungan 30-an dalam serbuan pertama.

“Manakala dalam serbuan kedua, menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang juga ejen pelabuhan bagi tindakan lanjut.

“Ini adalah rampasan dan tangkapan pertama berkaitan kes vape untuk JKDM Pulau Pinang pada tahun ini,” katanya yang turut memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.

-Harian Metro

Tags: ChinaJKDMkontenavape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd