• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika SJR

oleh
03/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH – Seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas arah Plaza Tol Kajang Selatan di sini maut selepas dirempuh pacuan empat roda, awal pagi tadi.

Mangsa, Koperal Safwan Mohd Ismail yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa yang sedang bertugas di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas arah Plaza Tol Kajang Selatan, Semenyih, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh sebuah Toyota Hilux, awal pagi tadi

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 2 pagi itu dipercayai berlaku ketika kenderaan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum terbabas melanggar SJR hingga merempuh mangsa.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Kemalangan menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan parah dan siasatan awal punca kemalangan dipercayai akibat pemandu terbabit yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan menyebabkan pemandu Toyota Hilux berusia lingkungan 40-an terbabit mengalami kecederaan di kepala,” katanya. – Sinar Harian

Tags: anggota polisdirempuhOp Covid-19pemandu mabukSekatan Jalan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd