• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Di WP Boleh Solat Jumaat, Berjemaah Esok

oleh
14/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua masjid, Surau Jumaat dan surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Wilayah Persekutuan mulai esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, Surau Jumaat dan surau terpilih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat pada 15 Mei 2020.

“Mesyuarat memutuskan bahawa bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah tidak kurang dari 3 jemaah tidak termasuk imam dan tidak lebih dari 30 jemaah.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Keputusan ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan YB Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan YAB Perdana Menteri pada 12 Mei 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh PKPB di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pihak pengurusan perlu memastikan ada kawalan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri.

“Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Negara berhubung hal ini beliau bersetuju untuk memberi kerjasama penuh.

“Ahli jawatankuasa masjid Surau Jumaat dan surau-surau terpilih perlu memastikan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya,” jelas beliau. – Sinar Harian

Tags: solat jemaahsolat Jumaatsolat sunat aidilfitrisolat tarawih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Rompak Kedai Emas Ketika Solat Jumaat Diburu

13/05/2022
0

PETALING JAYA: Ketika orang ramai sibuk menunaikan solat Jumaat, dua lelaki dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan rompakan di sebuah kedai...

Tiga Pelajar Sekolah Maut, Merempit Waktu Solat Tarawih

13/04/2022
0

JELI – Tiga pelajar sekolah maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bergesel antara satu sama lain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd