• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Kepatuhan Tinggi, Rakyat Faham Tujuan PKP

oleh
08/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan adalah tinggi kerana sebahagian besar daripada mereka telah memahami dengan jelas tujuan perintah itu dikuatkuasakan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, selain patuh terhadap perintah yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 di negara ini, sebilangan besar rakyat juga mampu mendisiplinkan diri sendiri untuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

“Apabila PKP pertama diperkenalkan, walaupun ia satu perkara yang tidak pernah dijangka oleh seluruh rakyat hingga terpaksa duduk di dalam rumah dan tidak boleh keluar, tetapi mereka tetap patuh dari segi keseluruhannya.

“Saya faham walaupun mereka agak merungut tetapi mereka tetap patuh dan faham kenapa kerajaan melaksanakan PKP. Berbanding dengan negara lain ada yang dilihat melakukan demonstrasi menentang PKP. Bila arahan kata jangan keluar rumah mereka keluar bergembira, adakan konsert di pantai dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas kelakuan dan tindakan rakyat Malaysia yang jauh berbeza dalam mematuhi peraturan kerajaan khususnya PKP jika dibandingkan dengan sesetengah rakyat negara lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun ketika ini kerajaan sudah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lebih longgar namun tidak ada rakyat Malaysia yang sengaja mengambil kesempatan untuk keluar rumah tanpa keperluan.

“Kita jangkakan akan berlaku kelam-kabut pada hari pertama PKPB dilaksanakan atau berlaku huru-hara sikit, tetapi apabila saya sendiri berjalan dan melihat di beberapa kawasan pusat beli-belah di ibu negara nampaknya keadaan terkawal.

“Dalam tempoh PKPB ini juga sudah tiada had waktu untuk mereka keluar melebihi 10 malam serta tiada sekatan jalan raya dibuat, namun mereka boleh patuh apabila arahan kata keluar jika perlu dan mereka memang keluar jika perlu,” tambahnya.

Menurut Ismail Sabri lagi, keadaan itu jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan kawalan kendiri bagi mengawal diri masing-masing untuk berdisiplin dalam mematuhi SOP ditetapkan.

Sehubungan itu beliau turut menasihati orang ramai untuk meneruskan momentum kawalan kendiri masing-masing serta menjadikannya sebagai budaya baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau turut mengambil contoh sikap kawalan kendiri yang tinggi kalangan penduduk Taiwan yang menjalani kehidupan bebas tanpa PKP, namun mereka merekodkan jumlah kematian serta bilangan kes baharu yang paling rendah akibat COVID-19 setakat ini.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd