• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Solat Jemaah Di Masjid, Surau Bincang Esok

oleh
07/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CADANGAN prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di masjid dan surau akan dibincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), esok.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, cadangan itu sudah diteliti Kabinet dalam mesyuarat semalam dan melakukan beberapa penambahbaikan.

“Kabinet memutuskan kertas cadangan SOP dibawa sekali lagi ke mesyuarat jawatankuasa muzakarah MKI yang membabitkan pakar dalam bidang perubatan dan bidang tertentu, juga yang paling penting adalah cendekiawan agama.

“Ia akan membincangkan keperluan dan meneliti lebih terperinci, sebelum kerajaan mengumumkan untuk membenarkan kita membuka masjid dan surau,” katanya ketika menghadiri Program Inspirasi Musaadah Ramadan YaPEIM di Sungai Petani, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Ahmad Marzuk berkata, kemudian hasil perbincangan itu akan diteliti pula Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diputuskan kerajaan.

“Sekiranya kerajaan melihat bahawa kita sudah berada pada tahap yang amat sesuai untuk melaksanakan SOP amalan di masjid dan surau, barangkali kita ada kesempatan untuk beribadat di situ pada Ramadan ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan memberi jaminan akan memaklumkan lebih awal kepada bakal jemaah haji berhubung kebenaran untuk menunaikan ibadat itu tahun ini, susulan pandemik Covid-19.

Menurutnya, sehingga kini lebih 16,000 bakal jemaah daripada kira-kira 30,000 kuota yang peruntukkan sudah menerima surat tawaran ke tanah suci.

“Sehingga hari ini kita belum dapat apa-apa kenyataan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan kebenaran mengerjakan haji,” katanya yang meminta Lembaga Tabung Haji memaklumkan lebih awal sebarang keputusan supaya jemaah boleh membuat persiapan.

Tags: MKNmuzakarahsolat jemaahSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd