KUALA LUMPUR – Maklumat nama dan nombor telefon sudah memadai untuk dimasukkan dalam rekod pengesanan pelanggan yang diletakkan di pintu masuk ke premis perniagaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua maklumat itu sudah memadai untuk pengesanan pelanggan sebagai rekod seperti yang termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) perniagaan.
“Kerajaan menetapkan SOP untuk rekod pengunjung supaya jika berlaku jangkitan positif COVID-19 maka mudah untuk pengesanan bukan mahu menyusahkan sesiapa.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Saya faham ada kebimbangan ramai yang tidak mahu meletakkan alamat rumah dan nombor kad pengenalan kerana bimbang timbul isu keselamatan serta disalah gunakan.
“Justeru, kita ikut saja pelaksanaan aplikasi Gerak Malaysia yang mana mereka berdaftar hanya memberikan nama dan nombor telefon untuk mudah dihubungi. Dua syarat ini pada saya sudah mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas harian menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini. – BH Online

