Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Utara...

Pengharaman Tablet iPad Di...

Tablet iPad adalah peranti pintar yang boleh kita lihat di mana-mana.Lebih-lebih lagi jika...

Terengganu Tamat Kontrak Penyerang...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini menamatkan kontrak...

PKR Tolak Cadangan Undang-Undang...

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan undang-undang gangguan seksual untuk...

MyTrace Bantu Kerajaan Kesan, Putuskan Wabak COVID-19

KUALA LUMPUR – Aplikasi MyTrace yang dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kepakaran tempatan akan membantu kerajaan mengesan jangkitan COVID-19 melalui pengesanan kontak, sekali gus berupaya memutuskan wabak itu secepat mungkin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata MyTrace membolehkan kerajaan mengesan individu yang berada berdekatan dengan pesakit COVID-19 menggunakan gelombang ‘bluetooth’ dengan data itu berupaya disimpan dalam tempoh 21 hari di dalam telefon bimbit pintar pengguna.

Mengulas lanjut beliau berkata, MyTrace bagaimanapun hanya mengumpul maklumat pengguna yang dirahsiakan dan tidak mengumpul sebarang maklumat geolokasi.

“MyTrace pelengkap aplikasi MySejahtera yang dilancarkan sebelum ini dengan menggunakan ‘bluetooth’ untuk pengesanan kontak, …apabila telefon bimbit berada dalam jarak dekat, ia akan kesan kehadiran masing-masing melalui gelombang itu.

“Berdasarkan kekuatan gelombang ‘bluetooth’ yang dikesan jarak dan tempoh penemuan pengguna boleh dikenal pasti dan data dikumpul itu boleh disimpan dalam telefon bimbit dalam tempoh 21 hari.


“Pengesanan kontak sangat penting supaya kita dapat mengetahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan seseorang yang dikenal pasti positif COVID-19,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, bagi memastikan keberkesanannya, sasaran penggunaan ialah sekitar 60 peratus membabitkan pengguna telefon bimbit pintar di seluruh negara.

Kategori