• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Dijangka Umum Keputusan Solat Di Masjid

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Selepas mengadakan perbincangan dan muzakarah, kerajaan Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan rasmi mengenai pembukaan semula masjid pada minggu ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan sudah berbincang mengenai kaedah terbaik untuk membenarkan umat Islam di negara ini kembali mengimarahkan masjid dan surau.

“Perbincangan mengenai tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) solat di masjid sudah dilakukan Jumaat lalu menerusi Muzakarah Hal Ehwal Islam.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kita mengambil kira pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada SOP yang perlu dilakukan.

“Perkara ini akan dibawa Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja. Dalam seminggu ini mungkin akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir menyampaikan bantuan barangan asas kepada Exco Majlis Pimpinan Negeri Rakan Siswa Yadim, Muhamad Haniff Fitri Muhd Sawadi melalui Program Musa’adah Covid-19 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau yang juga Timbalan Speaker Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Keperluan asas tersebut akan diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan di kawasan Bukit Tebu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kerajaan Perlis memberi kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini sebagai permulaan bagi membolehkan ‘Syiar Jumaat’ dihidupkan kembali di negeri itu.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, antara peraturan berkenaan ialah jumlah jemaah termasuk imam/khatib adalah tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang daripada tiga orang.

Masjid tidak dibuka kepada awam sebaliknya mereka yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat hanya membabitkan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid sahaja.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu pengurusan haji tahun ini, Marzuk berkata, pihaknya telah melakukan persiapan sebaik mungkin dan makluman awal juga telah dibuat kepada mereka yang layak.

“Kita akan maklumkan apa sahaja keputusan dan perintah terkini daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: solat jemaahsolat Jumaatumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd