• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Rakyat Malaysia Mati Di AS Akibat Covid-19

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Malaysia Amerika (MAA) melaporkan seramai 10 rakyat Malaysia yang tinggal di New York, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19).

Presidennya, Kim Bong berkata, dua daripadanya ialah ahli jawatankuasa persatuan tersebut antara 30 rakyat Malaysia yang dijangkiti virus itu.

“Seorang daripadanya adalah pemilik restoran, sementara yang lain dijangkiti di kereta api bawah tanah,” katanya menerusi laporan akhbar The Star.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata, antara mangsa lain ialah pasangan Malaysia yang tinggal di Brooklyn.

“Kami mendapat panggilan memaklumkan kematian mereka minggu lalu,” katanya.

Kim yang mengendalikan perusahaan perkapalan dan elektronik berkata, MAA membantu dengan mengatur perkhidmatan pengebumian untuk rakyat Malaysia tersebut.

“Masalahnya di New York adalah sangat sedikit orang yang mengambil langkah berjaga-jaga pada awal pandemik seperti memakai topeng muka,” ujarnya.

Tambah beliau, MAA turut membantu dengan menyumbangkan topeng muka ke hospital dan juga menghantar makanan yang dimasak kepada kakitangan barisan hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Bersama MAA, Jack Liaw yang menjalankan perniagaan perakaunan di wilayah Queens berkata, kematian rakyat Malaysia sangat menyedihkannya.

“Kerana perintah berkurung, kami tidak dapat menghadiri pengebumian mereka untuk memberi penghormatan terakhir.

“Sangat menyedihkan bahawa mereka kehilangan nyawa mereka di tanah asing yang jauh dari rumah,” katanya.

Tags: Amerika SyarikatCovid-19koronavirusMAArakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd