• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Keluar, Beberapa Lokasi Jalan Raya Sesak

oleh
14/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesesakan teruk di beberapa lokasi sekitar bandar raya dan Selangor turut menghairankan polis kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan.

Ia berlaku di lokasi sekatan jalan raya tetapi oleh kerana kenderaan terlalu banyak, berlaku kesesakan teruk di sesetengah tempat seperti di hadapan Plaza IOI Puchong pagi tadi.

“Saya sendiri pelik kenapa berlakunya kesesakan teruk di kawasan itu sedangkan cara dan prosedur sekatan jalan raya (SJR) yang dibuat dalam bentuk yang sama seperti sebelum ini.

“Jadi kita percaya kesesakan ini adalah disebabkan tindakan segelintir pihak yang mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, ketika dihubungi hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau diminta mengulas situasi kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi di pinggir bandar raya apabila orang ramai keluar ketika PKP dikuatkuasakan.

Beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Serdang, meninjau lokasi berkenaan bagi mendapatkan punca utama kesesakan yang dianggarkan lebih satu kilometer (km) itu.

Beliau berkata polis tidak akan berkompromi dengan sebarang alasan tidak munasabah terhadap mana-mana pihak yang mengingkari arahan PKP.

“Arahan polis jelas, sesiapa yang mengingkari arahan PKP ini dan ditahan semasa melalui SJR berkenaan akan ditahan dan mengambil tindakan undang-undang dikenakan kompaun RM1,000.

“Kita (Polis Selangor) juga sedang mendapatkan maklum-balas dari beberapa lokasi lain di seluruh Selangor yang mencatatkan jumlah kenderaan yang begitu tinggi di atas jalan raya hari ini,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanSekatan Jalan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd