• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramadan Dalam PKP, Normal Baharu Yang Beri Hikmah

oleh
23/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari ini masuk hari ke-37 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan esok dijangka buat pertama kali umat Islam di negara ini akan mula berpuasa dalam satu suasana normal baharu, berikutan penularan pandemik COVID-19.

Jika tahun-tahun sebelum ini, keadaan di lebuh raya ketika ini sudah pasti penuh sesak dengan kenderaan warga kota yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut bulan Ramadan, namun kali ini keadaannya jauh berbeza, lebuh raya kelihatan lengang.

Ini kerana tiada sebarang pergerakan rentas negeri dibenarkan dan orang ramai tidak boleh pulang ke kampung untuk menyambut puasa sepanjang tempoh PKP ini bagi menyekat penularan virus berbahaya itu.

Bagaimanapun, mereka yang sebelum ini pulang ke kampung halaman sebelum tempoh PKP dikuatkuasakan dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing diberi kelonggaran berbuat demikian.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, memaklumkan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian mulai Sabtu ini, menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’ atau memohon di balai polis berhampiran.

Namun. harus diingat ia bukan lesen untuk orang ramai melakukan pergerakan secara besar-besaran kerana jika tidak, usaha kerajaan melaksanakan PKP dan perjuangan barisan hadapan untuk memutuskan rantaian penyakit itu sebelum ini akan menjadi sia-sia.

Bulan Ramadan kali ini juga pasti dirindui untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid selain kemeriahan bazar Ramadan yang menjual pelbagai juadah seperti murtabak, popia, ayam golek dan air katira.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Namun, jangan risau kerana kerajaan memberi jaminan barangan basah dan keperluan asas lain mencukupi untuk menampung permintaan rakyat seluruh negara secara berterusan termasuk sepanjang bulan Ramadan.

Jadi inilah masa yang sesuai bukan sahaja ibu atau bapa mahupun yang bujang untuk mengasah bakat masing-masing dalam bidang masakan.

Untuk mereka yang lebih selesa membeli makanan di luar, juga tidak perlu bimbang, walaupun bazar Ramadan tidak dibenarkan, perkhidmatan e-bazar tetap ada dengan penghantaran melalui perkhidmatan e-hailing untuk menghantar juadah yang dihendaki.

Bagi mereka yang resah kerana tidak dapat bertarawih di masjid, waktu ini harus digunakan sebaiknya untuk beribadat dan solat tarawih berjemaah bersama keluarga di rumah, secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan yang selama ini mungkin agak renggang dek hambatan tugas harian masing-masing.

Dalam lapan hari pelaksanaan PKP fasa tiga, telah tujuh kali kes positif COVID-19 direkodkan berada pada paras dua angka, sudah cukup membuktikan usaha yang dilakukan kerajaan selama ini bukan satu langkah kosong.

Jadi teruslah bertahan, duduk diam-diam di rumah, kerana kita sudah hampir untuk mencapai kejayaan.

Anggaplah bulan Ramadan kali ini bukan sahaja perjuangan kita untuk menentang nafsu, lapar dan dahaga, tetapi juga perjuangan menentang virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia. InsyaAllah #Kita mesti menang.

Tags: pandemik COVID-19perintah kawalan pergerakanramadanumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd