• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Ubah Gaya Hidup Berbelanja – Mahathir

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat dinasihatkan supaya mengubah gaya hidup yang melibatkan perbelanjaan tinggi sebelum ini bagi dalam mendepani cabaran baharu ekonomi negara akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat perlu menerima hakikat bahawa pendapatan mereka akan berkurangan selain risiko kehilangan pekerjaan selepas pendapatan syarikat mengalami kemerosotan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, antara industri yang terjejas teruk akibat tiada permintaan dalam tempoh wabak Covid-19 termasuk penerbangan dan perhotelan.

“Setiap daripada kita akan mendapat pendapatan yang lebih rendah, gaya hidup kita perlu berubah.

“Kita tak boleh harap hidup dengan gaya hidup sebelum ini dengan kos tinggi. Kita kena kurangkan itu semua dan kurangkan perbelanjaan kita supaya keperluan kita terhadap duit juga dapat dikurangkan.

“Jika kita bersedia untuk melakukan ini, saya rasa kita boleh atasi pandemik ini dengan lebih cepat,” katanya dalam temu bual Sesi Teh Pagi yang disiarkan secara langsung di Facebook MyPerintis hari ini.

Sehubungan itu beliau menyarankan rakyat meneroka peluang baharu untuk menjana pendapatan dengan memanfaatkan sistem penghantaran produk melalui pemasaran atas talian.

Dr Mahathir berkata, ketika sesuatu krisis berlaku, terdapat perniagaan yang ditutup, namun pada masa sama terbuka peluang pendapatan baharu.

Menurutnya, mereka yang kehilangan kerja boleh mengambil peluang daripada bidang yang menerima permintaan tinggi seperti pengangkutan dan penyediaan makanan.

“Dalam satu segi, apabila satu jenis perniagaan merosot, jenis perniagaan lain pula akan mengambil alih.

“Kita kena lihat disebabkan Covid-19, apakah peluang pekerjaan yang diperlukan dan tercipta?… Kita kena kejar itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sistem penghantaran merupakan kata kunci bagi membantu peniaga dan usahawan ketika ini dengan memanfaatkan perniagaan secara digital.

Dalam temu bual itu katanya lagi, golongan generasi muda diminta tidak mudah melenting dengan perasaan marah dengan menyalahkan orang lain dalam mengharungi situasi getir akibat wabak Covid-19.

“Dalam setiap krisis, ada cara untuk kita menanganinya. Perkara paling penting adalah kekal tenang. Jangan marah-marah, jangan salahkan orang lain.

“Menyalahkan orang lain tak membantu apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan menuding jari menyalahkan China sebagai pencetus Covid-19 adalah tidak wajar, sebaliknya adalah lebih baik sekiranya Malaysia belajar daripada negara itu yang lebih berjaya menangani wabak berkenaan berbanding negara lain. – Sinar Harian

Tags: Covid-19ekonomi negaraMahathir Mohamadrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd