• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Kes Baharu Covid-19 Di Singapura

oleh
30/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang rakyat Malaysia dari sektor penjagaan kesihatan awam antara 690 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan di Singapura hari ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menerusi satu kenyataan memaklumkan pesakit yang juga kes ke 15,237, tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara atau wilayah yang terjejas.

Jururawat wanita berusia 23 tahun di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID) dilaporkan mendapat gejala itu pada 23 April, dan hasil ujian berikutnya mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Sebelum dimasukkan ke hospital, dia yang kini ditempatkan di NCID, telah mendapat cuti sakit dan hanya pergi bekerja selama beberapa jam, menurut kementerian itu.

Mengenai perkembangan terkini pesakit Covid-19, kementerian itu berkata, 1,188 kes pesakit positif Covid-19 telah dibenarkan keluar dari hospital atau pusat pengasingan komuniti, 22 berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi manakala 14 telah meninggal dunia.

Singapura hari ini telah mengenal pasti lima kluster baharu iaitu di 11, Defu Lane 1; 106, International Road; 33, Senoko Way; 17, Shaw Road; dan 182, Taman Perindustrian Woodlands E5.

Kluster terbesar di republik itu ialah S11 Dormitory @ Punggol yang mencatatkan 2,436 kes yang disahkan positif setakat ini.

Sehingga hari ini, Singapura tidak mempunyai sebarang kes import, 11 kes dalam komuniti, dan 19 pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.

Sementara itu, kira-kira 95 peratus daripada 690 kes baharu yang dilapor hari ini melibatkan penghuni asrama.

Kementerian memaklumkan bahawa 63 peratus dikaitkan dengan kluster yang dikenal pasti, manakala selebihnya masih menunggu hasil pengesanan kontak. Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura adalah 15,641.

Tags: Covid-19rakyat MalaysiaSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd