• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Tak Penting Ambil Kesempatan Mula Operasi

oleh
16/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah kenderaan di jalan raya kelihatan bertambah sejak semalam, disebabkan ada perkhidmatan tidak penting yang mengambil kesempatan memulakan operasi perniagaan walaupun belum mendapat kelulusan beroperasi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu beliau menegaskan semua industri perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terlebih dahulu sebelum memulakan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PKP belum ditarik balik, masih berterusan untuk PKP (fasa) ketiga (15 hingga 28 April) dan sesiapa yang ingkar tetap akan dikenakan (tindakan) undang-undang di bawah PKP,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai PKP di sini hari ini.

“Kehadiran begitu banyak kenderaan di jalan raya ini seolah-olah rakyat sudah lupa bahawa PKP masih lagi dilaksanakan dan mereka masih tertakluk kepada undang-undang di bawah PKP,” tambahnya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata pihak polis benar-benar serius membuat pemeriksaan ke atas setiap kenderaan di beberapa sekatan jalan raya, yang memang mengakibatkan kesesakan.

“Kita dimaklumkan oleh pihak polis, walau kenderaan banyak, mereka tetap akan membuat pemeriksaan ketat dan soalan-soalan ditanya (kepada pemandu) walaupun lewat (lambat) bagi satu-satu kenderaan bergerak (melepasi sekatan). Dia (polis) tidak peduli,” tegasnya.

Ismail Sabri berkata semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan  813 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 558,548 kenderaan, di samping membuat 56,052 pemeriksaan mengejut di serata tempat, termasuk ke atas 6,364 premis.

“PDRM telah menangkap 1,315 individu kerana ingkar PKP, merangkumi 1,226 individu yang direman dan 89 individu dijamin polis. Sebanyak 312 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan 11,017 individu ditahan kerana ingkar PKP sejak ia dilaksanakan pada 18 Mac lepas hingga semalam.

Tags: MITIperintah kawalan pergerakanSekatan Jalan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd