Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Kuala Lumpur Juara Liga...

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan Liga Perdana 2017 walaupun tewas...

Dua Termasuk CEO Syarikat...

SEREMBAN – Dua individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan...

LTTE: Permohonan Jaminan ADUN...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 16 Januari untuk mendengar permohonan...

NY Times Namakan Ipoh...

ORANG Ipoh, di mana suaranya.....? Bandar Ipoh, Perak semakin mendapat tempat di hati pelancong...

Pandemik COVID-19 Terus Mengganas, Korban Cecah 86,289

PARIS – Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia mencecah 86,289, semalam, menurut satu penjumlahan setakat jam 7 malam yang dikumpulkan AFP daripada sumber rasmi.

Lebih 1,469,920 kes jangkitan disahkan di 192 negara dan wilayah, manakala sekurang-kurang 280,300 daripada jumlah itu dianggap telah sembuh.

Namun, penjumlahan menggunakan data dikumpul AFP daripada pihak berkuasa negara terbabit dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu berkemungkinan hanya menggambarkan sebahagian daripada jumlah sebenar kes jangkitan.

Ketika ini, banyak negara hanya melakukan saringan kesihatan terhadap kes paling serius.

Sejak jam 7 malam kelmarin, sebanyak 6,221 kematian baharu dan 72,738 lagi kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) merekodkan kematian baharu tertinggi dalam tempoh itu membabitkan 1,808 mangsa, disusuli Britain (938), Sepanyol (757) dan Itali (542).

Bagaimanapun, Itali yang melaporkan kematian pertama pada akhir Februari lalu, mencatatkan korban tertinggi berjumlah 17,669 dan 139,422 kes jangkitan.

Sepanyol pula merekodkan jumlah 14,555 kematian dan 146,690 kes jangkitan, setakat ini.


Kematian berjumlah 13,829 di AS merupakan ketiga tertinggi, namun negara itu mendahului di dunia dari segi bilangan jangkitan yang kini mencecah 404,352 kes.

Perancis pula melaporkan 10,869 kematian dan 112,950 jangkitan, diikuti Britain dengan 7,097 korban serta 60,733 kes.

China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau, mengisytiharkan 3,333 kematian dan 81,802 kes, setakat ini, dengan 77,279 pesakit sembuh.

Sejak jam 7 malam kelmarin, Antigua dan Barbuda, Barbados, Belize, Malta serta Kepulauan Virgin AS mengumumkan korban pertama akibat COVID-19.

Hingga kini, Eropah mencatatkan 772,592 kes jangkitan dan 61,118 kematian; AS campur Kanada (423,535 kes, 14,285 kematian); dan Asia (125,864 kes, 4,409 kematian).

Seterusnya, Asia Barat (89,003 kes, 4,238 kematian); Amerika Latin bersama Caribbean (40,671 kes, 1,612 kematian); Afrika (11,119 kes, 571 kematian); dan Oceania (7,138 kes, 56 kematian). – Agensi

Kategori