• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makanan Membazir Kurang Tanpa Bazar Ramadan – Zulkifli

oleh
27/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) dilihat mampu mengawal isu pembaziran makanan yang berlaku setiap kali bulan Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini digalakkan lagi dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya umat Islam memasak sendiri juadah berbuka puasa di rumah.

“Tiada bazar Ramadan, jadi apa yang dibeli dan dimasak nampak terkawal. Justeru, pembaziran boleh diminimumkan.

“Kalau boleh kita hendak sifar pembaziran, tetapi sekurang-kurangnya usaha ke arah itu cukup menarik dan nampak berhasil,” katanya selepas menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Ditanya kemungkinan penduduk di zon hijau mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk keluar membeli juadah berbuka puasa, Zulkifli berkata, mereka sepatutnya mengambil iktibar situasi di sesetengah negara yang menyaksikan sikap tidak ambil peduli boleh menyebabkan berlakunya gelombang kedua atau ketiga Covid-19.

“Kita masih bertarung untuk memutuskan rantaian Covid-19, kalau kita boleh teruskan, alangkah baiknya.

“Banyak lagi cara (beli juadah berbuka puasa), contohnya menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah. Itu jauh lebih baik dan kita duduk di rumah,” katanya.

Menyentuh mengenai Tabung Musa’adah Covid-19 Jakim, Zulkifli berkata, setakat ini, sebanyak RM1.6 juta daripada keseluruhan RM3.7 juta kutipan tabung itu telah digunakan bagi membantu golongan memerlukan.

Jakim hari ini menerima sumbangan 3,000 keping penutup hidung dan mulut, 400 botol cecair pembasmi kuman dan 500 kotak Susu Kolostrum IgCo bernilai RM111,000 daripada syarikat Success Network International (SNI) Sdn Bhd.

Jakim turut menyerahkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Hospital Putrajaya yang merupakan sumbangan seorang usahawan Palestin di Malaysia, Abdul Faragh Abdul Shahfi.

Tags: bazar ramadanCovid-19koronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd