• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuarantin Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Mulai Esok

oleh
02/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang memasuki negara ini diwajibkan menjalani kuarantin mulai esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara termasuk Sabah dan Sarawak. 

 “Hari esok, 3 hari bulan (April) bermulanya kuarantin wajib kepada masyarakat kita yang pulang dari luar negara, juga sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini. 

“Mereka akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kemudahan kuarantin yang disediakan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini. 

Katanya kemudahan bas akan disediakan untuk membawa semua individu ini ke pusat kuarantin yang disediakan di seluruh negara.

Pada 21 Mac lepas kerajaan telah mewartakan 409 lokasi sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi  penularan wabak COVID-19. 

Pewartaan itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata terdapat jawatankuasa khusus bagi mengendalikan individu yang dikuarantin di setiap pusat tersebut. 

Beliau juga memberi jaminan bahawa pusat kuarantin yang disediakan adalah mencukupi serta mengikut standard operasi prosedur ditetapkan. 

Tags: Covid-19kuarantinrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd