• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuarantin Di Hotel 5 Bintang ‘Penjara Tanpa Kad Kunci’

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bagi kebanyakan orang, gambaran dikuarantin selama 2 minggu di hotel bertaraf 5 bintang menimbulkan imej santai sambil memakai jubah mandi, dengan pelayan membawa teh dan kuih-muih dalam dulang ke bilik yang dihampar permaidani tebal.

Tetapi bagi Alice, 36, yang dikuarantin di salah satu hotel mewah itu sebaik tiba dari London, mengatakan keadaan sebenar sama sekali tidak seperti yang dibayangkan.

Bilik seluas 291 kaki persegi itu dirasakan seperti “penjara tanpa kad kunci”, katanya kepada FMT.

Alice, yang bertugas sebagai perunding IT di UK, tiba di KLIA awal pagi Ahad. Dia disembur semburan nyahjangkit di landasan sebelum disoal pegawai kesihatan.

Beberapa jam kemudian, sebuah bas dari jabatan penjara tiba untuk membawa dia dan 25 orang lain ke hotel. Di sana, mereka berjalan melepasi askar bersenjata di ruang legar sebelum dibawa ke bilik masing-masing.

“Saya harap mereka benarkan kami berjalan di koridor dari semasa ke semasa, supaya kami dapat melakukan sedikit senaman,” katanya.

Tetapi ia cuma harapan kerana mereka tidak dibenarkan meninggalkan bilik walaupun untuk mendapatkan makanan. Sebaliknya, makanan diletakkan di luar pintu bilik dan perkhidmatan bilik tidak dibenarkan walaupun Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma) membenarkan memesan makan di luar waktu makan biasa.

Makanan yang disediakan tidak menyelerakan, kata Alice, menggambarkan sayur-sayuran yang terkulai dan potongan buah-buahan dalam tin. Sementara minuman pula, Alice diberi 7 botol air minuman kecil. Katanya, pegawai kerajaan memberitahu ia akan ditambah seminggu sekali.

“Bilik tidak besar dan anda tidak banyak berjalan. Saya tidak boleh memesan perkhidmatan bilik, dan saya sangat ‘jet lag’ (gangguan ritma harian).

“Ini hari ke-3 dan saya hampir tidak dapat bertahan,” katanya kepada FMT melalui telefon semalam.

Alice pulang ke Malaysia kerana tiada keluarga di UK dan bapanya bimbang tentang peningkatan jumlah kes di sana.

Dia juga mahu bersama ayahnya yang berusia 71 tahun.

Tetapi Alice masih mempunyai 2 1/2 minggu lagi sebelum dapat bersatu dengan bapanya, dan katannya tidak banyak yang boleh dibuat apabila hanya berkurung dalam bilik hotel.

“Dengan hanya 5 saluran di TV, kebanyakannya saluran berita yang berterusan melaporkan mengenai koronavirus, saya fikir saya akan murung.”

Rakyat yang pulang dari luar negara mesti ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung penyebaran Covid-19.

Pusat-pusat ini termasuk hotel mewah seperti Hilton dan Sheraton.

Kerajaan pusat menyediakan peruntukan sebanyak RM150 bagi setiap individu untuk makanan dan penginapan. – FMT

Tags: Covid-19hotelkuarantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd