• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tetap mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian rasmi kerajaan itu dibuat mengikut saluran perundangan dan Perlembagaan.

Justeru, beliau meminta sebarang pandangan lain mengenai isu berkenaan dibuat mengikut saluran sah mengikut Perlembagaan.

“Krisis di Negeri Sembilan tentunya sedikit menggusarkan kerana institusi Raja ada peraturan, kaedah dan cara kemuliaannya. Jika digugat begini rupa, ia mesej yang sangat tidak baik.

“Saya tidak menafikan hak sesiapa ikut saluran undang-undang dan perlembagaan negeri tetapi hujah harus kuat. Sebab ini kita pandang berat dan saya sudah memberi pandangan ini kepada pihak berkenaan.

“Kita harus ikut saluran mahkamah yang buat keputusan tadi dan dan kita juga sudah beri nasihat tetapi diteruskan pengisytiharan di hotel,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti di Puchong hari ini.

Anwar seterusnya menyifatkan tindakan memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar oleh pihak terlibat di hotel menjejaskan imej institusi diraja.

“Ssistem raja ini bukan hanya namanya, tetapi kemuliaannya, beberapa kaedah dan peraturannya. Sebab ini kita tetap pertahankan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan raja.

“Saya juga menyokong penuh tindakan Aminuddin yang menyatakan oleh kerana simpang siur tidak tentu arah ini, sebaiknya diadakan pilihan raya dan Tuanku Muhriz juga sudah beri perkenan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimhotelPerdana MenteriTuanku Muhriz Tuanku MunawirTunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afarYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd