• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa tindakan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu di sebuah hotel di Melaka hari ini bertentangan dengan tradisi Adat Perpatih.

Beliau mendakwa, pengisytiharan itu juga secara terang-terangan telah bertindak bertentangan dengan adat dan tradisi tersebut melalui beberapa tindakan lain yang luar biasa dan belum pernah berlaku sebelum ini.

“Mengadakan ‘mesyuarat dalam talian’ untuk melucutkan kedudukan Yam Tuan yang sah. Mengisytiharkan seorang ‘Yam Tuan baharu’ di luar Negeri Sembilan iaitu di sebuah negeri yang tidak mengamalkan dan tidak berteraskan Adat Perpatih iaitu Melaka.

“Mengisytiharkan seorang ‘Yam Tuan baharu’ di sebuah hotel dan bukannya di premis diraja yang lazimnya menjadi tempat berlangsungnya istiadat pengisytiharan Yam Tuan secara rasmi dan penuh adat,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Chang Khim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor mendakwa apa yang berlaku hari ini merupakan sandiwara politik terbesar dan kebudak-budakan yang didalangi oleh UMNO.

“Golongan yang kononnya mempertahankan Perlembagaan Negeri, budaya Melayu dan Adat Perpatih sebenarnya telah bertindak dengan jelas membelakangi Perlembagaan, budaya dan Adat Perpatih yang mereka dakwa ingin pertahankan apabila mengisytiharkan seorang Yam Tuan baharu.

“Pendek kata, golongan yang mengaku sebagai pelindung Perlembagaan dan Adat Perpatih ini sebenarnya telah melanggar kedua-duanya atas nama mempertahankannya,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teng Chang Khim

Tags: Adat PerpatihbertentanganDatuk Teng Chang KhimhotelMelakaPengisytiharanYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tetap mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Perdana Menteri, Datuk...

Veteran DAP Dakwa Pelaburan Asing Johor Meningkat Disebabkan Ekonomi Singapura

Veteran DAP Dakwa Pelaburan Asing Johor Meningkat Disebabkan Ekonomi Singapura

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa pertumbuhan pelaburan asing di Johor banyak dipengaruhi oleh perubahan struktur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd